Wednesday 20 May 2015

Bersyukur..

Usia mematangkan saya.. Dulu-dulu saya termasuk orang yang kurang sabar. Bertindak tanpa banyak fikir. Lebih memikirkan dunia..akhirat hanya yang wajib sahaja..ingat kerja saja, sbb nak penuhkan simpanan untuk hari tua,  sedangkan mati tak mengenal usia. Hari-hari saya banyak terkejar-kejar..nak pergi kerja, nak siapkan projek, nak uruskan anak ..macam tak cukup masa, sedangkan Allah bagi 24jam masa untuk saya. Allah dah bagitau dalam AlQuran bertebaranlah kamu mencari rezeki di siang hari, dan berzikir dan bermunajatlah pada Allah swt di malam hari..terutama 2/3 malam.. Saya tak ikut semua tu..kadang-kadang kerja sampai jauh malam..walaupun saya solat..saya tak buat lebih untuk dekat dengan Allah..saya sanggup berjaga lewat malam untuk siapkan kerja..tapi saya tak solat sunat untuk dekatkan diri dengan Allah... Allahhuakbar...

Ada duit banyak pun nak cuti pun susah..nak balik kampung jenguk parents pun susah,,kalau husband dapat cuti saya pula tak boleh cuti ... bos pula selalu tekan pasal kerja, cari projek, ..sampai kadangkala saya jadi macam tak ikhlas untuk berkerja..sebab ada masa-masa saya merungut dan bergosip sesama staf tentang bos dan beban kerja. Padahal dia yang bayar gaji saya 8 jam sehari. Banyak salah saya dengan bos..Minta maaf bos..

Sampai satu masa..saya ambil keputusan untuk berhenti kerja. Saya bimbang gaji saya tak berkat kalau masih terus-terusan di sana. Saya memang tak berniat untuk kerja makan gaji lagi..saya nak berniaga sendiri..berniaga produk keluaran pengusaha muslim.. saya prepare simpanan untuk backup diri saya sepanjang saya tak berkerja selama setahun setengah....bimbang saya akan menambahkan beban suami..Saya panjatkan doakan pada Allah semoga urusan saya di permudahkan..

Alhamdulillah..ketika saya dalam proses menghabiskan cuti tahunan, saya ditawarkan kerja oleh seorang kenalan untuk satu projek selama setahun secara freelance. Kerja mengikut masa saya cuma 2-3 kali seminggu. Pulangannya juga memuaskan berkali  ganda daripada pendapatan saya setahun semasa berkerja. Saya bersyukur sangat-sangat waktu itu. Saya buat dua kerja waktu tu..saya pasarkan produk pengusaha muslim yang baru nak bermula dan saya buat kerja korporat rakan saya itu. Dalam masa sama saya selesa menguruskan anak .

Daripada seorang freelance saya daftar company enterprise untuk bisnes pengedaran produk pengeluaran muslim.
Setahun lepas tu suami pula berniat nak berhenti kerja atas rasa yang sama macam saya. Mencari keberkatan rezeki. Makin lama senarai pelanggan kami semakin bertambah..dan dalam masa yang sama rezeki saya dalam kerja korporat juga tak putus. Saya sempat menjalankan beberapa projek selama hampir 8 tahun..sehingga satu masa bila anak dah makin bertambah saya dah tak mampu nak buat kerja korporat lagi..saya mula perlahankan aktiviti..dan hanya mengambil kerja-kerja part time daripada majikan lama saya. Alhamdulillah sampai sekarang masih tak putus..

Bersambung......