Thursday 29 October 2015

Penyakit Keputihan


Penyakit Keputihan

Apakah itu penyakit keputihan?
Menurut sumber rujukan dari http://www.myhealth.gov.my . Masalah keputihan atau lelehan lendir berwarna putih, krim atau kelabu yang keluar daripada faraj  merupakan suatu masalah yang sering dihadapi oleh kebanyakan wanita di seluruh dunia. Statistik menunjukkan hampir 75% wanita yang sudah berkahwin berhadapan dengan masalah keputihan. Ramai wanita tidak mempunyai kesedaran terhadap risiko dan bahaya penyakit keputihan malah menganggap ia sebagai suatu petanda lazim sebelum kitar haid.

Jenis-Jenis Keputihan
Keputihan terbahagi kepada dua jenis

    1.       Keputihan fisiologis

                Keputihan yang bersifat fisiologis biasanya normal tiada gejala penyakit. Ia sering berlaku semasa             seseorang wanita mengalami kesuburan dan sebelum menstruasi (kitar haid). Lelehen lendir        berwarna putih tidak berbau tidak juga menyebabkan gatal pada bahagian faraj. Lendir  sedikit      dan berbentuk cecair.

2.       Keputihan patologik.

Keputihan patologik bersifat lebih kronik . Menunjukkan tanda-tanda penyakit seperti mengeluarkan lendir yang kental, berwarna kuning, kelabu atau hijau, berbau busuk dan menyebabkan kegatalan pada bahagian faraj. Keputihan patologis disebabkan oleh jangkitan kuman (bakteria atau kulat) dan perlu dirawati. Rujuk jadual di bawah :

Sifat
Keputihan Fisiologis
Keputihan Patologis
Bentuk
Lendir yang cair dan tidak melekat
Lendir yang kental dan melekat
Warna
Berwarna putih atau krim
Berwarna kuning atau kelabu atau hijau
Bau
Tiada
Berbau busuk
Jumlah yang dikeluarkan
Sedikit
Banyak
Kekerapan
Semasa subur dan sebelum haid
Apabila berlaku jangkitan pada bahagian faraj
Petanda lain
Tidak gatal
Gatal dan faraj kelihatan kemerahan dan mengalami radang
Rawatan
Tidak perlu
Perlu rawatan yang segera

 
Apakah faktor-faktor yang menyumbang kepada Penyakit Keputihan?

1.       Faktor Kebersihan

Kebersihan di bahagian sulit wanita (faraj) perlu bebas dari jangkitan

Cuci bahagian sulit dengan air bersih pastikan ia  kering selepas membuang air kecil dan selepas aktiviti berpasangan. Kelembapan bahagian sulit akan menggalakkan pertumbuhan dan jangkitan seperti kulat dan bakteria.

2.       Faktor Hormon

Gangguan keseimbangan hormon dalam tubuh boleh juga boleh menyebabkan seseorang wanita menghadapi penyakit kuputihan.

- Perembesan hormon estrogen iaitu hormon pembiakan pada wanita hamil membolehkan kulat lebih mudah melekat pada dinding faraj.

- Pengambilan ubat, khasnya antibiotik yang berlebihan untuk jangka masa yang panjang menyebabkan bakteria semula jadi pada bahagian faraj mati dan ini secara tidak langsung menyumbang kepada pertumbuhan microorganisma patogen seperti bakteria atau kulat.

 

-          Wanita yang mengalami tekanan akibat daripada masalah peribadi atau gangguan emosi yang lain akan mempengaruhi aktiviti normal otak dalam mengkordinasikan penghasilan hormon yang seimbang.

 

-          Pengambilan pil perancang keluarga atau pil pencegah kehamilan turut menyumbang kepada ketidakseimbangan hormon dalam darah

 

3.       Faktor Gaya Hidup

Gaya hidup mempengaruhi status kesihatan. Wanita yang aktif dalam aktiviti seksual yang tidak sihat, misalnya melakukan aktiviti seks rambang dengan lebih daripada seorang pasangan lebih cenderung untuk mendapat pelbagai jangkitan pada bahagian faraj.


   4.       Faktor Kesihatan

Wanita yang menghadapi penyakit kencing manis, lebih mudah mendapat penyakit keputihan disebabkan oleh kandungan gula yang tinggi dalam rembesan faraj yang membolehkan pertumbuhan kulat yang banyak dan berkembang biak di bahagian faraj. Selain itu wanita yang mempunyai system daya tahan badan yang rendah atau terjejas seperti pesakit AIDS,atau barah, atau leukimia juga berhadapan dengan risiko yang tinggi untuk mendapat jangkitan faraj.

Hubungan Mikroorganisma Dengan Penyakit Keputihan

Penyakit keputihan adalah berpunca daripada jangkitan kuman terutamanya oleh Gardnerella vaginalis, Trichomonas vaginalis dan Candida albicans. Punca jangkitan dan ciri-ciri klinikal untuk setiap agen adalah seperti dalam Jadual 2.0

Agen Penyebab
Jenis Kuman (Mikro
organisma)
Ciri-ciri klinikal
Punca Jangkitan
Gardnerella vaginalis
Bakteria
·                     Lelehan berwarna putih-kekelabuan dan sedikit berbuih
·                     Berbau busuk (fish odor)
·                     Sedikit rasa gatal atau kerengsaan
·                     Hubungan seks rambang
·                     Tabiat merokok dan
·                     Penggunaan alat kontraseptif Intra uterine devices
Trichomonas vaginalis
Parasit
·                     Lelehan faraj yang bernanah
·                     Berwarna kuning
·                     Berbuih dan berbau hanyir
·                     Kerengsaan pada faraj
·                     Rasa sakit semasa hubungan seks
·                     Rasa sakit semasa buang air kecil
·                     Hubungan seks yang tidak sihat
Candida albicans / spp
Kulat
·                     Lelehan kental dan berwarna putih
·                     Berbau busuk (foul odor)
·                     Gatal
·                     Dinding faraj kelihatan merah dan bengkak
·                     Sakit semasa hubungan seksual
·                     Sakit semasa buang air kecil
·                     Penggunaan antibiotik yang banyak
·                     Kehamilan
·                     Penyakit kencing manis yang tidak terkawal
·                     Sistem pertahanan badan yang lemah disebabkan oleh HIV/AIDS, kanser atau dalam rawatan kanser
·                     Pengguna pil perancang keluarga



 

Gambar di atas menunjukkan jangkitan kulat pada bahagian faraj yang dikenali sebagai Candida albicans

Bahaya Penyakit Keputihan

Penyakit keputihan yang tidak dirawat akan mengundang kepada pelbagai komplikasi yang merbahaya. Penyakit keputihan yang lewat ditangani, bukan sahaja berpotensi untuk menyebabkan kemandulan dan kehamilan di luar rahim, tetapi boleh menyebabkan penyakit kanser rahim yang boleh membawa kematian. Penyakit keputihan yang tidak diambil perhatian pada jangka masa yang lama lebih sukar untuk diberikan rawatan. Ini adalah hasil daripada penambahan sifat kerintangan bakteria atau kulat terhadap antibiotik atau antifungal.

Masalah penyakit keputihan yang kronik adalah berikutan dari jangkitan yang berlaku pada faraj menular ke bahagian rongga rahim (uterus) dan kemudian ke saluran pengeluaran telur (Fallopian tiub). Jangkitan kronik ini boleh menyebabkan kandungan terbentuk di luar rahim dan pendarahan yang boleh mengakibatkan kematian ibu dan bayi.

Wanita yang mempunyai system daya tahan badan yang rendah, penyakit keputihan yang dianggap biasa boleh menjadi serius dan mengancam nyawa. Jangkitan yang bermula pada bahagian faraj boleh menyebabkan infeksi sekunder di mana kuman tersebut boleh memasuki saluran darah akibat aktiviti menggaru yang menghasilkn pembentukan luka. Gejala ini dikenali sebagai kandidiasis invasif yang sangat merbahaya dan memerlukan rawatan rapi.

Cara mencegah Penyakit Keputihan

Sebagai langkah pencegahan daripada penyakit keputihan, berikut adalah amalan-amalan yang disarankan kepada semua wanita:

·                     Sentiasa memastikan bahagian faraj berada dalam keadaan bersih dan kering.

·                     Elakkan penggunaan pembersih faraj yang menganggu kestabilan PH atau menyebabkan kegatalan.

·                     Sentiasa menukar atau mengganti tuala wanita semasa menstruasi (haid).

·                     Gunakan pelapik seluar dalam (panty liner) pada saat yang diperlukan sahaja. Elakkan juga pemakaian seluar dalam yang ketat dan diperbuat daripada kain satin.

·                     Jangan menggunakan sebarang produk wangian seperti bedak atau ubat sembur pada bahagian faraj.

·                     Elakkan pengambilan ubat secara berterusan tanpa nasihat doktor.

·                     Kurangkan pengambilan makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi.

·                     Amalkan gaya hidup sihat dengan mengelakkan aktiviti seks rambang atau hubungan kelamin dengan lebih daripada seorang.

·                     Elakkan kehadiran benda asing di dalam faraj seperti kondom yang tertinggal selepas aktiviti seks.

·                     Basuh bahagian sulit dengan air yang bersih dan buang air kecil selepas aktiviti seks.

·                     Berjumpa dengan pegawai perubatan dengan segera dan melakukan pemeriksaan vagina jika terdapat sebarang tanda-tanda yang dinyatakan di atas.

·                     Melakukan apa-apa aktiviti yang menenangkan fikiran dan mengurangkan tekanan seperti melancong.

 

Kebanyakan wanita tidak mempunyai kesedaran sewajarnya terhadap penyakit keputihan kerana menganggap ia sebagai suatu fenomena biasa dalam kehidupan seharian. Ramai wanita yang menyesal kemudian apabila berlakunya insiden yang tidak diingini akibat daripada jangkitan tersebut. Adalah penting kepada kaum wanita untuk sentiasa mengamalkan cara hidup yang sihat dan bebas daripada jangkitan faraj demi kehidupan yang bahagia.

Anda ingin mencuba Bio Seleza Feminin Pad. Di sediakan dengan teknologi Bio Velocity khusus untuk membantu mengatasi masalah vagina wanita.
Sms/whatsup 0123208995 untuk maklumat lanjut.
Sumber : maklumat


Penulis
:
Stella a/p Ganapathy Pillay
Akreditor
:
Rusmah bt. Yusof

 


Bio Seleza Feminine Pad - Keterangan Lanjut sms/Whatsapp/Telegram 0123208995





   Anda ada -  masalah datang bulan? tidak selesa? senggugut, datang bulan tidak teratur, aliran berketul-ketul, sakit sampai terpaksa cuti, tak hadir kelas, tak boleh concentrate dalam kerja, gatal-gatal, ada keputihan, bau yang tak menyenangkan, ada masalah cyst, fibroid, ada kesan kuning  pada seluar dalam?  Memang masalah besar tu..Malu pada suami, pada kawan-kawan bagi yang masih belajar, dok asrama..yang utamanya malu pada Maha Pencipta kita..sebab kita tak jaga anugerah yang Allah swt dah berikan pada kita. 

Cuba guna Bio Seleza™  insyaa Allah boleh membantu..cuba dulu untuk tengok kesan..lepas tu baru tahu...

Saya pengguna  Bio Seleza™, setahun saya cuba untuk kepastian. Sebelum ni kitaran saya tak teratur kadang-kadang sampai 2 bulan tak datang. Kalau datang pun 2 hari pertama..lepas tu dah stop..2 hari tu pun tak banyak..keluar sikit2. Sehinggalah bekas rakan sekolah saya Hamisah cadangkan pada saya untuk bertukar kepada Bio Seleza™. Jujur saya kata..first impression yang keluar dari mulut saya... Mahalnye.. Cah!! sepeket sampai RM23-25..baik aku beli brand biasa je  paling-paling pun baru RM10...

Ha!! saya rasa bukan saya sorang je fikir macam tu..banyak di luar sana pun fikir macam saya juga..betul kan?!!!

Niat saya pada mulanya nak  pakai sendiri je. Support kawan-kawan.Satu lagi nak test sendiri sebab tengok kawan dok cerita bagus je pakai ni dalam facebook. Bertahun dah dia suggest..baru terbuka hati nak try..

 Nak jadi cerita saya beli set 6 percuma 1. Thats mean 7 kotak semuanya. 1 kotak tu ada lebih kurang 6 pack loose. Memang stok setahun. Suami & anak pun terkejut..barang sampai sekotak besar..semua pad ahhahaaa...

First saya pakai..memang keluar banyak..berketul2..tapi tak sakit..3 kali saya terpaksa tukar untuk hari pertama. Period sampai 7 hari..perut pun tak kembung macam dulu..Sampai sekarang alhamdulillah kitaran saya normal. Cuma kalau jadi balik masalah seperti sebelumnya saya continue Bio Seleza™ panty liner.

Kemudian saya sarankan puteri saya pakai. Biasala remaja bila datang bulan, hari pertama, kedua mengadu sakit perut. Sebelum ni period tak teratur 2 hari datang stop dlm seminggu kemudian datang balik. Saya minta dia pakai panty liner bila rasa dekat nak datang. Alhamdulillah memang membantu..rasa sakit dah tak ada lagi.. period pun teratur..

Ada satu masa tu..Kakak saya datang bermalam di rumah. Mlm tu dia uzur, tak bawa spare pad. Saya bagi Bio Seleza™ day safe. Esoknya dia kata ;

"Pad busu (panggilan utk saya) bagi tu pad herba ke"
"tak, nape" saya tanya.
"Period makco lain macam banyak semalam, dua tiga kali pi toilet, takut bocor"

ha...bagus kan..dia membantu keluarkan kotoran dalam rahim kita..

Kemudian saya bagi pulak pada kawan kerja saya yang nak bersalin. Yang ni saya bagi Bio Seleza™ night safe extra long. Saya minta dia try pakai masa dalam pantang. Lepas pantang dia jumpa saya
"Kak nanti datang bawa panty liner ya.." Dia pun dah mula suka..saya pun terfikir..bagus pad ni sebenarnya..masih ramai yang tak tahu..saya kena kongsi kebaikannya dengan kawan-kawan..mudah-mudahan dapat membantu mereka yang bermasalah...


Apa yang menyebabkan pad Bio Seleza™ ni bagus ya..Jom tengok di bawah..

Teknologi pembuatannya yang membuatkan pad Bio Seleza™ ni bagus untuk kita kaum hawa..



Bio Seleza Feminine Pad adalah hasil gabungan Teknologi Bio Velocity Eksklusif dari Korea dan Cip hasil penyelidikan yang menggabungkan Sinar Inframerah Jauh (FIR), Ion Negatif dan Nano Silver.

BIO VELOCITY (BV) ialah sejenis tenaga tulen dan semulajadi yang diperolehi terus dari matahari. Aliran tenaga ini akan menyeimbangkan medan elektromagnetik (medan tenaga biologi) seluruh badan manusia.

4 kesan kebaikan utama BIO VELOCITY:
  1. Kesan Anti-Bakteria
  2. Mengaktifkan sel-sel badan dan meningkatkan metabolisma tubuh
  3. Meningkatkan sistem pertahanan badan melawan sel kanser dan jangkitan kuman
  4. Membekalkan kandungan oksigen aktif yang lebih tinggi  


SINAR INFRARED JAUH (FIR) berfungsi melancarkan perjalanan darah dan meningkatkan metabolisma.


ION NEGATIF berfungsi untuk membunuh kuman pada organ intik wanita, menghilangkan bau serta membantu keseimbangan hormon

Teknologi inilah yang membezakan antara pad Bio Seleza™  pad yang lain. Jika pad biasa lebih fokus kepada  menghalang kebocoran.. Namun Bio Seleza™  berfungsi menghalang kebocoran, meningkatkan kadar metabolisme, anti bakteria serta membantu keseimbangan hormon.   
Jadi kepada yang bermasalah period tak teratur tu. Senggugut, keputihan, gatal-gatal..lebih-lebih lagi yang merancang kehamilan tu..Saya cadangkan anda cuba.. Cuba jangan sekali dua. Letak target..paling-paling 6 bulan. Bagi kitaran dah normal, hormon dalam badan dah stabil, barulah boleh planning..
Apa-apa pun, banyakkan berdoa pada Allah swt..lepas tu kita berusaha/ikhtiar sungguh-sungguh..dan tawakal pada Allah swt.


Saya pengguna Bio Seleza™..
Saya juga pengedar pad Bio Seleza™.  Kepada yang berminat untuk mencuba atau ingin bertanya berkenaan pad Bio Seleza™ boleh : 
SMS/Whatsapps/Telegram saya
0123208995 – Rodziah
 
———————————-HARGA BIO SELEZA 2015———————————-

Produk terdiri daripada pantiliner utk kegunaan harian, pad siang & pad malam ‘long & extra long’.


1 mix box mengandungi :

30 pcs x 2 pack pantiliner

10 pcs x 2 pack pad siang

8 pcs x 1 pack pad malam

8 pcs x 1 pack pad malam extra panjang

Harga Retail RM142

 
1 day safe box mengandungi :

10 pcs x 6 pack pad siang

Harga Retail RM139

 
1 pantiliner box mengandungi :

30 pcs x 6 pack pantiliner

Harga Retail RM150


1 night safe box( kotak ungu) mengandungi:

 8pcs x 6 pack malam

Harga : RM139


pm/whatsaapp 012 3208995



NAK BELI LOOSE PUN BOLEH

PANTILINER 30 PCS

PAD DAY SAFE 10 PCS

PAD EXTRA LONG NIGHT SAFE 8PCS

PAD NIGHT SAFE 8PCS


Pm/Whatsapp 012 3208995



 
                


Senggugut - punca dari diet yang tidak sihat


Senggugut atau istilah perubatannya dipanggil dismenorea kebiasaannya merujuk kepada kesakitan yang dialami semasa permulaan haid. Ini mungkin lebih teruk semasa dua hari pertama dan tidak semestinya akan dialami setiap kali kedatangan haid. Kesakitan yang dirasai ketika datangnya haid disebabkan oleh penguncupan dinding rahim yang amat kuat.

Proses ini bertujuan mengeluarkan ketulan darah haid yang bercampur dengan sedikit tisu daripada selaput dinding rahim (selaput endometrium). Darah ini perlu dikeluarkan melalui saluran pangkal rahim atau serviks. Kebiasaannya, saluran pangkal rahim yang dimiliki oleh seorang gadis remaja masih sempit. Oleh sebab itu ketulan darah tersebut agak susah untuk dikeluarkan. Secara fisiologinya, semasa terjadinya haid, berlaku penguncupan dinding rahim yang begitu kuat disebabkan oleh sejenis hormon yang dikenali sebagai 'prostaglandin'. 'Prostaglandin' adalah daripada sejenis kumpulan molekul lipid yang berasal daripada asid lemak dan peranannya sangat penting di dalam tubuh. Setiap 'prostaglandin' ini mengandungi 20 atom karbon. Ini menjadi pengantara serta memberi banyak kesan terhadap psikologi.

Oleh sebab itulah kesakitan terasa dan jika ia dihasilkan secara berlebihan maka terjadilah senggugut. 'Prostaglandin' yang berlebihan akan mengakibatkan rasa mual, cirit-birit, muntah serta sakit kepala. Lazimnya, kesakitan akan reda dua atau tiga hari kemudian. Faktor lain seperti diet dan suasana persekitaran turut memainkan peranan. Diet yang berlemak, rendah protein dan rendah serat boleh meninggikan risiko untuk anda mengalami senggugut.

Pengambilan gula yang banyak dan alkohol serta kopi semasa haid boleh mengakibatkan dismenorea. Wanita yang merokok lebih berisiko untuk mengalami dismenorea berbanding yang tidak merokok. Rehat yang tidak mencukupi dan tekanan tinggi di tempat kerja serta sekolah boleh mengganggu keseimbangan bahan kimia di dalam badan anda dan seterusnya mengakibatkan dismenorea. Dismenorea primer boleh dirawat dengan ubat tahan sakit seperti 'ibuprofen' yang membantu menghalang penghasilan 'prostaglandin'. Dalam kes tertentu, ubat-ubatan yang mengandungi hormon boleh membantu.

Senaman, nutrisi yang baik serta pengurangan tekanan juga merupakan beberapa amalan penting yang tidak harus dipandang ringan.

Banyak cara boleh di lakukan untuk mengelak daripada gejala-gejala seperti ini terjadi kepada diri anda. Antaranya dengan memakai tuala wanita Bio Seleza™  Feminin Pad  yang berteknologi Bio Velocity dan Sinaran Infra merah mampu menampung lebih dari 100ml cecair TANPA sebarang KEBOCORAN (normal max haid 50ml) Membekalkan OKSIGEN & tenaga BIO VELOCITY (BV) yang menyeimbangkan tenaga ELEKTROMAGNETIK kepada pemakai. Tiada lagi masalah letih, lesu, pitam ketika haid. Mengandungi nano perak & ion negative untuk membasmi 99.99% bakteria & Far Infrared Rays (FIR) untuk melancarkan peredaran darah.

Saya merupakan pengedar produk Bio Seleza™  Feminin Pad  . Hubungi saya untuk keterangan lanjut 0123208995 (sms/whatsap/telegram)
http://yjmelor.blogspot.com/2014/09/bio-seleza-feminine-pad-keterangan.html


SUMBER Data : Utusan Malaysia, Ahad 7.09.14 Pancasihat