Monday 20 January 2014

Ulam Tenggek Burung

Banyak khasiat ulam ni..anak saudara saya yang belajar di UIA kata kajian yang di buat oleh kumpulannya ke atas 20 jenis ulam menunjukkan ulam ni mempunyai khasiat yang paling banyak antara yang lain. Saya pun kali pertama dengar nama ulam ni masa saya baca buku rawatan dan kaedah perubatan islam tulisan Profesor Amran kasimin dan Ustaz Harun Din. Dah lebih 10 tahun dah buku ni, saya beli masa bujang lagi dari kedai buku dekat Medan Mara...tak tau ada lagi ke tak kedai buku tu di sana...dalamnya di ceritakan kaedah-kaedah rawatan secara Islam, ayat-ayat yang nak di baca dan amalan-amalan yang perlu di lakukan mengikut penyakit...Masa tu saya selalu sakit kepala..selak-selak muka surat ada la cakap pasal cara rawatan ni ..terus saya beli satu.. Yang kisah nama ulam ni pula..lepas kahwin dan mengandung anak pertama tahun 2002..saya baca balik buku ni..bahagian amalan dan makanan semasa berpantang..ada la dia sebut amalkan makan ulam tenggek burung bersama nasi,,masalahnya dok cari kat pasar..tak de la pula ulam tu..terus lupa pasal ulam ni... agaknya ada nama lain kut...( ada kata namanya pokok cabang tiga) 2010 masa ni anak dah dua kakak saya sakit sekali pi rumah dia tengok dia makan ulam yang saya tak pernah tengok..itulah first time saya tengok ulam tenggek burung..rasanya sedap ..rangup.macam pucuk daun jambu pun ada... Khasit Tenggek Burung 1. Pucuk Tenggek Burung berkhasiat dan amat sedap dijadikan ulam. Baunya yang harum dan berlemak boleh membuka selera makan. 2. Pokok ini mampu membantu wanita terutamanya wanita yang baru lepas bersalin terutama mengecutkan rahim. 3. Ia dapat menurunkan tekanan darah tinggi, menghilangkan lenguh-lenguh di badan dan melancarkan pengaliran darah.