Thursday 29 October 2015

Senggugut - punca dari diet yang tidak sihat


Senggugut atau istilah perubatannya dipanggil dismenorea kebiasaannya merujuk kepada kesakitan yang dialami semasa permulaan haid. Ini mungkin lebih teruk semasa dua hari pertama dan tidak semestinya akan dialami setiap kali kedatangan haid. Kesakitan yang dirasai ketika datangnya haid disebabkan oleh penguncupan dinding rahim yang amat kuat.

Proses ini bertujuan mengeluarkan ketulan darah haid yang bercampur dengan sedikit tisu daripada selaput dinding rahim (selaput endometrium). Darah ini perlu dikeluarkan melalui saluran pangkal rahim atau serviks. Kebiasaannya, saluran pangkal rahim yang dimiliki oleh seorang gadis remaja masih sempit. Oleh sebab itu ketulan darah tersebut agak susah untuk dikeluarkan. Secara fisiologinya, semasa terjadinya haid, berlaku penguncupan dinding rahim yang begitu kuat disebabkan oleh sejenis hormon yang dikenali sebagai 'prostaglandin'. 'Prostaglandin' adalah daripada sejenis kumpulan molekul lipid yang berasal daripada asid lemak dan peranannya sangat penting di dalam tubuh. Setiap 'prostaglandin' ini mengandungi 20 atom karbon. Ini menjadi pengantara serta memberi banyak kesan terhadap psikologi.

Oleh sebab itulah kesakitan terasa dan jika ia dihasilkan secara berlebihan maka terjadilah senggugut. 'Prostaglandin' yang berlebihan akan mengakibatkan rasa mual, cirit-birit, muntah serta sakit kepala. Lazimnya, kesakitan akan reda dua atau tiga hari kemudian. Faktor lain seperti diet dan suasana persekitaran turut memainkan peranan. Diet yang berlemak, rendah protein dan rendah serat boleh meninggikan risiko untuk anda mengalami senggugut.

Pengambilan gula yang banyak dan alkohol serta kopi semasa haid boleh mengakibatkan dismenorea. Wanita yang merokok lebih berisiko untuk mengalami dismenorea berbanding yang tidak merokok. Rehat yang tidak mencukupi dan tekanan tinggi di tempat kerja serta sekolah boleh mengganggu keseimbangan bahan kimia di dalam badan anda dan seterusnya mengakibatkan dismenorea. Dismenorea primer boleh dirawat dengan ubat tahan sakit seperti 'ibuprofen' yang membantu menghalang penghasilan 'prostaglandin'. Dalam kes tertentu, ubat-ubatan yang mengandungi hormon boleh membantu.

Senaman, nutrisi yang baik serta pengurangan tekanan juga merupakan beberapa amalan penting yang tidak harus dipandang ringan.

Banyak cara boleh di lakukan untuk mengelak daripada gejala-gejala seperti ini terjadi kepada diri anda. Antaranya dengan memakai tuala wanita Bio Seleza™  Feminin Pad  yang berteknologi Bio Velocity dan Sinaran Infra merah mampu menampung lebih dari 100ml cecair TANPA sebarang KEBOCORAN (normal max haid 50ml) Membekalkan OKSIGEN & tenaga BIO VELOCITY (BV) yang menyeimbangkan tenaga ELEKTROMAGNETIK kepada pemakai. Tiada lagi masalah letih, lesu, pitam ketika haid. Mengandungi nano perak & ion negative untuk membasmi 99.99% bakteria & Far Infrared Rays (FIR) untuk melancarkan peredaran darah.

Saya merupakan pengedar produk Bio Seleza™  Feminin Pad  . Hubungi saya untuk keterangan lanjut 0123208995 (sms/whatsap/telegram)
http://yjmelor.blogspot.com/2014/09/bio-seleza-feminine-pad-keterangan.html


SUMBER Data : Utusan Malaysia, Ahad 7.09.14 Pancasihat

No comments:

Post a Comment