Friday 9 October 2015

Masalah Kesuburan & Endometriosis

Masalah Kesuburan selalunya berkait rapat dengan kitaran haid yang tidak teratur.

Ini bermakna apabila seseorang wanita itu mengalami kitaran haid yang tidak teratur bermakna beliau menghadapi masalah kesuburan iaitu sukar hamil. Ini kerana kitaran haid yang tidak menentu menyebabkan ovulusi (pengeluaran telur) tidak berlaku pada setiap kitaran haid.

Endometriosis merupakan satu jenis penyakit yang agak luar biasa. Sehingga kini saintis masih belum berhasil mengenalpasti punca sebenar bagaimana ianya terjadi. Walaubagaimanapun terdapat beberapa teori yang baik dan boleh memberikan penjelasan mengapa ia mula terjadi. Antaranya dipercayai bahawa darah haid yang berundur ke belakang telah membawa bersama tisu endometrium menyebabkan ia tumbuh pada pelvis dan berdarah seperti mana kitaran haid.

Ada juga yang mengaitkan bahawa endometriosis ini sering berlaku di kalangan wanita-wanita yang sering tertekan jiwa mereka (stress), yang mudah menggelabah dan di kalangan mereka yang sangat mementingkan kerjaya dan mereka yang tinggi I.Q.nya. 10 hingga 20 peratus wanita di seluruh dunia menghadapi masalah endometriosis dan antara 30 hingga 40 peratus daripadanya didapati mandul. Mungkin ramai yang tidak mengetahui tentang penyakit ini sedangkan semakin hari bertambah ramai wanita yang menghidapnya. Di antara masalah yang ditimbulkan oleh penyakit ini ialah senggugut dan kesakitan, kemandulan dan keguguran yang mungkin berulang-ulang.

Majoriti kes-kes endometriosis gagal dikesan pada peringkat awal sehinggalah wanita tersebut berjumpa doktor atas sebab kegagalan untuk hamil. Ini kerana kebanyakkan dari pesakit tidak mempunyai sebarang tanda dan gejala. Berikut adalah antara beberapa tanda dan gejala (Jika ada) • Nyeri luar biasa ketika haid dan semakin lama nyeri yang dirasakan akan menjadi semakin kuat Rasa nyeri pada daerah pinggul dan sekitar tulang ekor Nyeri dibahagian atas perut Nyeri ketika berhubungan intim atau setelahnya. Nyeri ketika pergerakan usus atau membuang air ketika haid Perdarahan abnormal diantara kitaran haid Sukar hamil.

Rasa mudah letih dan lelah Mual, muntah, susah buang air besar, cirit ketika haid • Kesan endometriosis terhadap kesuburan wanita Dalam keadaan normal, lapisan endometrium cuma ada pada dinding rahim sahaja. Manakala bagi kes endometriosis, lapisan tisu itu juga dikesan berada di kawasan tubuh yang lain terutamanya di dalam pelvis seperti ovari, saluran fallopian, di permukaan rahim, di ruangan pelvis sekitar usus, rektum dan pundi kencing. Ianya juga dikesan berada di bahagian-bahagian yang lebih jauh pada tubuh termasuklah paru-paru dan hati, tetapi perkara ini sangat jarang berlaku. Walaupun tisu endometrium berada di luar kawasan yang tidak sepatutnya, ia masih responsif terhadap perubahan hormon yang berlaku semasa kitaran haid wanita.

Seperti mana haid, tisu endometriosis akan gugur dan berdarah, dengan cara yang sama dengan dinding rahim gugur dan berdarah semasa kitaran haid. Pendarahan ini boleh menyebabkan rasa sakit, terutama sebelum dan semasa haid.Tisu yang gugur dan berdarah di sekitar organ pelvis akan menyebabkan parut dan organ-organ lain yang berhampiran akan melekat di antara satu sama lain. Seandainya tiada rawatan dan tidak dikesan lebih awal, ianya akan akan menyebabkan struktur organ-organ pelvis beralih dari kedudukan normal.

Sebagai contoh yang paling kerap berlaku, kedudukan ovari yang melekat pada uterus akan menyebabkan saluran fallopian akan berjauhan dari ovari dan ketika berlaku ovulasi, telur tidak akan dapat dicapai oleh saluran fallopian dan persenyawaan tidak akan berlaku. Dalam kes yang lebih serius, kerosakan mendalam pada saluran fallopian menyebabkan ia tersumbat, rosak dan infertiliti akan berlaku. Ovari yang ditumbuhi endometriosis pula akan mengumpul darah semasa kitaran haid dan berlakulah ovarian cyst yang mengandungi darah iaitu seakan-akan seperti coklat cair di dalamnya.

Sekiranya keseluruhan ovari telah diselaputi oleh endometriosis, ovari tidak dapat lagi berfungsi dengan normal dan gagal melepaskan telur disebabkan follikel terperangkap oleh parut pada bahagian permukaan ovari. Endometriosis juga boleh mengurangkan kesuburan dengan melepaskan bahan kimia beracun pada pelvis. Sekiranya telur berjaya dilepaskan juga dari ovari, bahan kimia ini boleh mengurangkan kemampuan telur untuk disenyawakan. Bahkan ia juga boleh memberikan signal kepada sel pemusnah badan untuk melemahkan telur, sperma dan juga embrio menyebabkan janin kurang sihat dan keguguran mudah berlaku. Antara Wanita Yang Berisiko Endometriosis kerap berlaku pada wanita yang berada dalam lingkungan umur lewat 20-an dan 30-an dan juga pada wanita yang tidak pernah mempunyai anak.

Endometriosis juga memiliki komponen genetik iaitu sekiranya seseorang wanita yang mengalami endometriosis mempunyai saudara terdekat, ada kemungkinan saudaranya itu mungkin mengalami endometriosis juga.

Banyak cara boleh di lakukan untuk mengelak daripada gejala-gejala seperti ini terjadi kepada diri anda. Antaranya dengan memakai tuala wanita Bio Seleza™  Feminin Pad  yang berteknologi Bio Velocity dan Sinaran Infra merah mampu menampung lebih dari 100ml cecair TANPA sebarang KEBOCORAN (normal max haid 50ml) Membekalkan OKSIGEN & tenaga BIO VELOCITY (BV) yang menyeimbangkan tenaga ELEKTROMAGNETIK kepada pemakai. Tiada lagi masalah letih, lesu, pitam ketika haid. Mengandungi nano perak & ion negative untuk membasmi 99.99% bakteria & Far Infrared Rays (FIR) untuk melancarkan peredaran darah.

Saya merupakan pengedar produk Bio Seleza™  Feminin Pad  . Hubungi saya untuk keterangan lanjut 0123208995 (sms/whatsap/telegram)
http://yjmelor.blogspot.com/2014/09/bio-seleza-feminine-pad-keterangan.html


Sumber rujukan : http://halaqah.net  

No comments:

Post a Comment