Tuesday 8 November 2016

Bahaya Kencing Manis

Penyakit kencing manis ni penyakit keturunan bukan saya kata tapi pakar perubatan pun cakap macam tu. Arwah ayah saya dulu pun meninggal nak jadi sebabnya kencing manis. Itu cerita 26 tahun lepas.

Asalnya jari kakinya menjadi hitam, rasanya sebab arwah kerap sangat makan nasi durian dan buah-buahan manis.Waktu itu buat pertama kalinya kebun arwah dibelakang rumah pertama kali mengeluarkan hasil. Sejak diusahakan arwah selepas beliau bersara polis. Arwah di tahan di hospital, walaupun nampak luarannya sihat, tapi bacaan gula arwah tidak berubah dan semakin tinggi. Hampir 2 bulan juga arwah di tahan di hospital KK sebelum di pindahkan ke Hospital Taiping apabila kesihatannya semakin merosot.

Arwah bersara awal pun sebabnya kencing manis juga. Waktu itu kaki kirinya terpaksa dipotong separas bawah lutut. Memang orang kencing manis kakinya mudah kebas. Puncanya, semasa dalam satu majlis kenduri kahwin jiran belakang rumah. Arwah duduk berborak bersama kawan-kawannya di khemah memasak. Dia tak sedar ibu jari kakinya terkena bara dari salah satu tungku memasak. Bila balik rumah baru perasan ibu jari kakinya melecur teruk. Arwah di tahan di Hospital Universiti, kakinya terpaksa di potong sehingga ke paras lutut. Sedih.... anak 7, bapa tunggal ( waktu itu ibu kami telah 4 tahun di jemput Allah swt). Anak2 semua masih bersekolah... tak lama selepas itu arwah bersara dan kami berpindah ke kampung.

Back to Hospital Taiping. Masa di sana ayah di jaga bergilir2 kami adik beradik. Selalunya hanya aku dan kakak atas aku yang jaga. Waktu tu aku tunggu SPM dan kakak belum bekerja lagi. Biasanya kami bergilir selang dua hari. Sebab jauh nak berulang dari KK ke Taiping naik bas. Adik beradik yang  lain ada juga yang jaga tapi jarang-jarang sebab mereka bekerja dan duduk jauh. Kakakku masa tu mengajar jauh di pendalaman, arwah abang di Kedah, sorang lagi abang dan dua kakak di KL. Manakala anak ayahku dengan arwah isteri sebelumnya ada di Pahang, Melaka. Memang tak mudah nak berlama2 kerana kekangan cuti dan jauh.

Orang kata bila kita dah mula sakit, mulalah sakit2 lain juga akan timbul. Sama lah  apa yang jadi pada arwah ayah. Waktu doktor ambil keputusan untuk potong kaki arwah. Agak lama juga beliau nak memberikan keputusan. Sebelah kaki memang dah lama tiada, kini nak dipotong sebelah lagi. Menangis, menangis arwah menangis. Walaupun tidak di depan ku. Tapi bila adik beradiknya datang, arwah menangis ......susah hati.

Bila tiba masa untuk pembedahan, doktor mengesahkan arwah ada masalah buah pinggang dan jantung. Jantung arwah lemah dan doktor tak boleh nak teruskan pembedahan jika keadaan arwah begitu. Masa itulah kesihatan arwah ku lihat semakin merosot. Arwah menghembuskan nafas terakhir pagi pagi yang hening hari Selasa. Arwah sempat bersolat terakhir pada waktu isyak (seingat ku) sebab akulah orang terakhir yang ada dekat padanya pada waktu itu.

Kini abang dan tiga orang kakak ku telah disahkan pengidap kencing manis. Aku belum tau lagi, kerana aku tak pi check lagi. Sehingga hari aku menaip ini , abang dan sorang kakakku telah meninggal dua. abangku meninggal kemalangan ( semasa itu doktor mengesahkan beliau mengidap kencing manis), kakakku meninggal kerana masalah jantung, kencing manis, strok, darah tinggi, paru2 dan masalah buah pinggang. Kedua-duanya meninggal ketika usia mereka masih di awal 40-an.

Kepada yang masih diberi kesihatan yang baik. Jaga kesihatan anda, kurangkan makanan manis, gunakan diet sihat. Bila dah jadi penyakit keturunan seperti kami. Banyak cerita-cerita sedih seperti ini terjadi...

Semoga arwah ibu dan bapaku tempatnya bersama orang-orang yang beriman, dijauhi dari azab kubur dan menjadi ahli syurga. Aamiin,,,