Penyakit Keputihan
Menurut sumber rujukan dari http://www.myhealth.gov.my . Masalah keputihan atau lelehan lendir berwarna putih, krim atau kelabu yang keluar daripada faraj merupakan suatu masalah yang sering dihadapi oleh kebanyakan wanita di seluruh dunia. Statistik menunjukkan hampir 75% wanita yang sudah berkahwin berhadapan dengan masalah keputihan. Ramai wanita tidak mempunyai kesedaran terhadap risiko dan bahaya penyakit keputihan malah menganggap ia sebagai suatu petanda lazim sebelum kitar haid.
Jenis-Jenis Keputihan
Keputihan
terbahagi kepada dua jenis1. Keputihan fisiologis
Keputihan yang bersifat
fisiologis biasanya normal tiada gejala penyakit. Ia sering berlaku semasa seseorang wanita mengalami kesuburan
dan sebelum menstruasi (kitar haid). Lelehen lendir berwarna putih tidak berbau tidak juga menyebabkan gatal pada
bahagian faraj. Lendir sedikit dan berbentuk cecair.
2.
Keputihan
patologik.
Keputihan patologik bersifat lebih kronik . Menunjukkan
tanda-tanda penyakit seperti mengeluarkan lendir yang kental, berwarna kuning,
kelabu atau hijau, berbau busuk dan menyebabkan kegatalan pada bahagian faraj.
Keputihan patologis disebabkan oleh jangkitan kuman (bakteria atau kulat) dan
perlu dirawati. Rujuk jadual di bawah :
Sifat
|
Keputihan Fisiologis
|
Keputihan Patologis
|
Bentuk
|
Lendir yang cair dan tidak melekat
|
Lendir yang kental dan melekat
|
Warna
|
Berwarna putih atau krim
|
Berwarna kuning atau kelabu atau hijau
|
Bau
|
Tiada
|
Berbau busuk
|
Jumlah yang dikeluarkan
|
Sedikit
|
Banyak
|
Kekerapan
|
Semasa subur dan sebelum haid
|
Apabila berlaku jangkitan pada bahagian
faraj
|
Petanda lain
|
Tidak gatal
|
Gatal dan faraj kelihatan kemerahan dan
mengalami radang
|
Rawatan
|
Tidak perlu
|
Perlu rawatan yang segera
|
Apakah faktor-faktor yang menyumbang
kepada Penyakit Keputihan?
1.
Faktor Kebersihan
Kebersihan di bahagian sulit wanita (faraj) perlu bebas
dari jangkitan
Cuci bahagian sulit dengan air bersih pastikan ia kering selepas membuang air kecil dan selepas
aktiviti berpasangan. Kelembapan bahagian sulit akan menggalakkan pertumbuhan
dan jangkitan seperti kulat dan bakteria.
2.
Faktor Hormon
Gangguan keseimbangan hormon dalam tubuh boleh juga boleh
menyebabkan seseorang wanita menghadapi penyakit kuputihan.
- Perembesan hormon estrogen iaitu hormon pembiakan pada
wanita hamil membolehkan kulat lebih mudah melekat pada dinding faraj.
- Pengambilan
ubat, khasnya antibiotik yang berlebihan untuk jangka masa yang panjang
menyebabkan bakteria semula jadi pada bahagian faraj mati dan ini secara tidak
langsung menyumbang kepada pertumbuhan microorganisma patogen seperti bakteria
atau kulat.
-
Wanita yang mengalami tekanan akibat daripada
masalah peribadi atau gangguan emosi yang lain akan mempengaruhi aktiviti
normal otak dalam mengkordinasikan penghasilan hormon yang seimbang.
-
Pengambilan pil perancang keluarga atau pil
pencegah kehamilan turut menyumbang kepada ketidakseimbangan hormon dalam darah
3.
Faktor Gaya Hidup
4. Faktor Kesihatan
Wanita yang menghadapi penyakit kencing manis, lebih mudah
mendapat penyakit keputihan disebabkan oleh kandungan gula yang tinggi dalam
rembesan faraj yang membolehkan pertumbuhan kulat yang banyak dan berkembang
biak di bahagian faraj. Selain itu wanita yang mempunyai system daya tahan
badan yang rendah atau terjejas seperti pesakit AIDS,atau barah, atau leukimia
juga berhadapan dengan risiko yang tinggi untuk mendapat jangkitan faraj.
Hubungan Mikroorganisma Dengan
Penyakit Keputihan
Penyakit
keputihan adalah berpunca daripada jangkitan kuman terutamanya oleh Gardnerella
vaginalis, Trichomonas vaginalis dan Candida albicans. Punca jangkitan dan
ciri-ciri klinikal untuk setiap agen adalah seperti dalam Jadual 2.0
Agen Penyebab
|
Jenis Kuman (Mikro
organisma)
|
Ciri-ciri klinikal
|
Punca Jangkitan
|
Gardnerella vaginalis
|
Bakteria
|
·
Lelehan berwarna putih-kekelabuan dan sedikit berbuih
·
Berbau busuk (fish odor)
·
Sedikit rasa gatal atau kerengsaan
|
·
Hubungan seks rambang
·
Tabiat merokok dan
·
Penggunaan alat kontraseptif Intra uterine devices
|
Trichomonas vaginalis
|
Parasit
|
·
Lelehan faraj yang bernanah
·
Berwarna kuning
·
Berbuih dan berbau hanyir
·
Kerengsaan pada faraj
·
Rasa sakit semasa hubungan seks
·
Rasa sakit semasa buang air kecil
|
·
Hubungan seks yang tidak sihat
|
Candida albicans / spp
|
Kulat
|
·
Lelehan kental dan berwarna putih
·
Berbau busuk (foul odor)
·
Gatal
·
Dinding faraj kelihatan merah dan bengkak
·
Sakit semasa hubungan seksual
·
Sakit semasa buang air kecil
|
·
Penggunaan antibiotik yang banyak
·
Kehamilan
·
Penyakit kencing manis yang tidak terkawal
·
Sistem pertahanan badan yang lemah disebabkan oleh
HIV/AIDS, kanser atau dalam rawatan kanser
·
Pengguna pil perancang keluarga
|
Gambar
di atas menunjukkan jangkitan kulat pada bahagian faraj yang dikenali sebagai
Candida albicans
Bahaya Penyakit Keputihan
Penyakit
keputihan yang tidak dirawat akan mengundang kepada pelbagai komplikasi yang
merbahaya. Penyakit keputihan yang lewat ditangani, bukan sahaja berpotensi
untuk menyebabkan kemandulan dan kehamilan di luar rahim, tetapi boleh
menyebabkan penyakit kanser rahim yang boleh membawa kematian. Penyakit
keputihan yang tidak diambil perhatian pada jangka masa yang lama lebih sukar
untuk diberikan rawatan. Ini adalah hasil daripada penambahan sifat kerintangan
bakteria atau kulat terhadap antibiotik atau antifungal.
Masalah
penyakit keputihan yang kronik adalah berikutan dari jangkitan yang berlaku
pada faraj menular ke bahagian rongga rahim (uterus) dan kemudian ke saluran
pengeluaran telur (Fallopian tiub). Jangkitan kronik ini boleh menyebabkan
kandungan terbentuk di luar rahim dan pendarahan yang boleh mengakibatkan
kematian ibu dan bayi.
Wanita
yang mempunyai system daya tahan badan yang rendah, penyakit keputihan yang
dianggap biasa boleh menjadi serius dan mengancam nyawa. Jangkitan yang bermula
pada bahagian faraj boleh menyebabkan infeksi sekunder di mana kuman tersebut boleh
memasuki saluran darah akibat aktiviti menggaru yang menghasilkn pembentukan
luka. Gejala ini dikenali sebagai kandidiasis invasif yang sangat merbahaya dan
memerlukan rawatan rapi.
Cara mencegah Penyakit Keputihan
Sebagai
langkah pencegahan daripada penyakit keputihan, berikut adalah amalan-amalan
yang disarankan kepada semua wanita:
·
Sentiasa memastikan bahagian faraj berada
dalam keadaan bersih dan kering.
·
Elakkan penggunaan pembersih faraj yang
menganggu kestabilan PH atau menyebabkan kegatalan.
·
Sentiasa menukar atau mengganti tuala
wanita semasa menstruasi (haid).
·
Gunakan pelapik seluar dalam (panty
liner) pada saat yang diperlukan sahaja. Elakkan juga pemakaian
seluar dalam yang ketat dan diperbuat daripada kain satin.
·
Jangan menggunakan sebarang produk wangian
seperti bedak atau ubat sembur pada bahagian faraj.
·
Elakkan pengambilan ubat secara berterusan
tanpa nasihat doktor.
·
Kurangkan pengambilan makanan yang mempunyai
kandungan gula yang tinggi.
·
Amalkan gaya
hidup sihat dengan mengelakkan aktiviti seks rambang atau hubungan kelamin
dengan lebih daripada seorang.
·
Elakkan kehadiran benda asing di dalam faraj
seperti kondom yang tertinggal selepas aktiviti seks.
·
Basuh bahagian sulit dengan air yang bersih
dan buang air kecil selepas aktiviti seks.
·
Berjumpa dengan pegawai perubatan dengan
segera dan melakukan pemeriksaan vagina jika terdapat sebarang tanda-tanda yang
dinyatakan di atas.
·
Melakukan apa-apa aktiviti yang menenangkan
fikiran dan mengurangkan tekanan seperti melancong.
Kebanyakan
wanita tidak mempunyai kesedaran sewajarnya terhadap penyakit keputihan kerana
menganggap ia sebagai suatu fenomena biasa dalam kehidupan seharian. Ramai
wanita yang menyesal kemudian apabila berlakunya insiden yang tidak diingini
akibat daripada jangkitan tersebut. Adalah penting kepada kaum wanita untuk
sentiasa mengamalkan cara hidup yang sihat dan bebas daripada jangkitan faraj
demi kehidupan yang bahagia.
Anda ingin mencuba Bio Seleza Feminin Pad. Di sediakan dengan teknologi Bio Velocity khusus untuk membantu mengatasi masalah vagina wanita.
Sms/whatsup 0123208995 untuk maklumat lanjut.
Sumber : maklumat
Penulis
|
:
|
Stella a/p Ganapathy Pillay
|
Akreditor
|
:
|
Rusmah bt. Yusof
|