Wednesday 12 February 2014

Cuit2 dan budget

Jumaat lepas balik kampung, kebetulan cuti CNY, sepupu pulak bertunang Sabtu tu. Husband kata nak bercuti baik ke tempat yang boleh ziarah saudara mara sekali, itu lagi bagus..ada masa lebih baru kita pi pantai ke bla..bla..bla.. betul juga kan. Jumaat tu lepas solat Jumaat kami bertolak ke utara. Punyala jem pukul 3pm dari KL. Dekat pukul 8.30pm sampai Batu Gajah. Berhenti dekat Tapah untuk solat Asar. Nasib baik yang bongsu tak meragam dalam kereta... Sabtu ..drive pula ke KK untuk majlis bertunang sepupu..on the way balik pi la Telok Batik.. jem juga..dari jalan besar nak masuk dalam..nak keluar pun satu hal juga.. alih-alih patah balik rumah kakak..frust budak-budak tak dapat mandi kat sana...hati macam nak marah..husband dok bagi tazkirah..sabar..bukan rezeki la tu..Allah nak bagi yang lagi baik tu....cool sikit. Sebelum sampai rumah kakak pi pekena mee goreng mamak dekat Sri Iskandar..tak nak menyusahkan kakak tgh2 malam.. Esok cakap kat hubby..sebelum balik KL pi Tambun je la..sebab kebetulan ada bawa pembungkus wafer masa beli di pasaraya yang kata beli tiket dewasa percuma kanak-kanak. Tambun charge RM50 hari tu..dalam internet kata RM40++, nak mengomel gak..husband dan pesan kalau nak merungut tak payah pi.. heehehehe.. biasa la kan orang perempuan...dia ni pe"neutral' saya.. tah betul ke tidak ayat ni.. Untuk kami berlima kenalah RM100, anak yang kecil tak kena..puashati tengok budak-budak dapat main. air.dari bulan Disember lepas lagi dorang nak pi..tapi masa tak sesuai..lagi pula nak ajar mereka bersabar pun ya juga..bukan semua benda boleh dapat on the sport.. Ok juga Tambun ni ..banyak aktiviti kat dalam tu..itupun tak sempat nak habiskan semua..lebihkan budak-budak. Tiketnya boleh pakai 1 hari je..macam bukit Merah tiket available 3 hari..ada sesetengah aktiviti boleh sambung esok..ni satu hari mana sempat..tapi jgn merungut...bersyukur dengan apa yang ada..hehehehhe...Makanan kat dalam tu mahal++, air tin saja RM4 satu..isk..isk..isk..Bukit Merah pun tak semahal ni..Bukit Merah tu orang kita punya..itu la bezanya.. Saya budget dalam RM250 je untuk cuti2 ni..tak masuk duit minyak kereta..itu budget balik kampung..cukup..dapat beli cendermata budak-budak, makan2..ada lebih dalam rm50 saya simpan untuk top up nak pi jalan2 ke Terengganu pula nanti on the way balik Kelantan jengok mertua..jimat duit minyak kereta.. Perlu sediakan budget cuti-cuti sediakan 3-4 bulan awal ikut tempat nak pergi , rancang perjalanan (duit tol + duit minyak). sediakna peta perjalanan kalau perlu (saya biasanya lukis lagi) supaya tak sesat. dapatkan maklumat melalui internet tentang harga tiket, tempat menarik, tempat makan popular atau murah, sediakan budget untuk cendermata (supaya tak over beli) ,baca comment orang lain untuk tambah2 info.. Saya biasanya buat macam tu..insyaAllah budget tak lari- ..kalau lari pun dalam RM 10 - 50 je.

No comments:

Post a Comment