Thursday 29 October 2015

Penyakit Keputihan


Penyakit Keputihan

Apakah itu penyakit keputihan?
Menurut sumber rujukan dari http://www.myhealth.gov.my . Masalah keputihan atau lelehan lendir berwarna putih, krim atau kelabu yang keluar daripada faraj  merupakan suatu masalah yang sering dihadapi oleh kebanyakan wanita di seluruh dunia. Statistik menunjukkan hampir 75% wanita yang sudah berkahwin berhadapan dengan masalah keputihan. Ramai wanita tidak mempunyai kesedaran terhadap risiko dan bahaya penyakit keputihan malah menganggap ia sebagai suatu petanda lazim sebelum kitar haid.

Jenis-Jenis Keputihan
Keputihan terbahagi kepada dua jenis

    1.       Keputihan fisiologis

                Keputihan yang bersifat fisiologis biasanya normal tiada gejala penyakit. Ia sering berlaku semasa             seseorang wanita mengalami kesuburan dan sebelum menstruasi (kitar haid). Lelehen lendir        berwarna putih tidak berbau tidak juga menyebabkan gatal pada bahagian faraj. Lendir  sedikit      dan berbentuk cecair.

2.       Keputihan patologik.

Keputihan patologik bersifat lebih kronik . Menunjukkan tanda-tanda penyakit seperti mengeluarkan lendir yang kental, berwarna kuning, kelabu atau hijau, berbau busuk dan menyebabkan kegatalan pada bahagian faraj. Keputihan patologis disebabkan oleh jangkitan kuman (bakteria atau kulat) dan perlu dirawati. Rujuk jadual di bawah :

Sifat
Keputihan Fisiologis
Keputihan Patologis
Bentuk
Lendir yang cair dan tidak melekat
Lendir yang kental dan melekat
Warna
Berwarna putih atau krim
Berwarna kuning atau kelabu atau hijau
Bau
Tiada
Berbau busuk
Jumlah yang dikeluarkan
Sedikit
Banyak
Kekerapan
Semasa subur dan sebelum haid
Apabila berlaku jangkitan pada bahagian faraj
Petanda lain
Tidak gatal
Gatal dan faraj kelihatan kemerahan dan mengalami radang
Rawatan
Tidak perlu
Perlu rawatan yang segera

 
Apakah faktor-faktor yang menyumbang kepada Penyakit Keputihan?

1.       Faktor Kebersihan

Kebersihan di bahagian sulit wanita (faraj) perlu bebas dari jangkitan

Cuci bahagian sulit dengan air bersih pastikan ia  kering selepas membuang air kecil dan selepas aktiviti berpasangan. Kelembapan bahagian sulit akan menggalakkan pertumbuhan dan jangkitan seperti kulat dan bakteria.

2.       Faktor Hormon

Gangguan keseimbangan hormon dalam tubuh boleh juga boleh menyebabkan seseorang wanita menghadapi penyakit kuputihan.

- Perembesan hormon estrogen iaitu hormon pembiakan pada wanita hamil membolehkan kulat lebih mudah melekat pada dinding faraj.

- Pengambilan ubat, khasnya antibiotik yang berlebihan untuk jangka masa yang panjang menyebabkan bakteria semula jadi pada bahagian faraj mati dan ini secara tidak langsung menyumbang kepada pertumbuhan microorganisma patogen seperti bakteria atau kulat.

 

-          Wanita yang mengalami tekanan akibat daripada masalah peribadi atau gangguan emosi yang lain akan mempengaruhi aktiviti normal otak dalam mengkordinasikan penghasilan hormon yang seimbang.

 

-          Pengambilan pil perancang keluarga atau pil pencegah kehamilan turut menyumbang kepada ketidakseimbangan hormon dalam darah

 

3.       Faktor Gaya Hidup

Gaya hidup mempengaruhi status kesihatan. Wanita yang aktif dalam aktiviti seksual yang tidak sihat, misalnya melakukan aktiviti seks rambang dengan lebih daripada seorang pasangan lebih cenderung untuk mendapat pelbagai jangkitan pada bahagian faraj.


   4.       Faktor Kesihatan

Wanita yang menghadapi penyakit kencing manis, lebih mudah mendapat penyakit keputihan disebabkan oleh kandungan gula yang tinggi dalam rembesan faraj yang membolehkan pertumbuhan kulat yang banyak dan berkembang biak di bahagian faraj. Selain itu wanita yang mempunyai system daya tahan badan yang rendah atau terjejas seperti pesakit AIDS,atau barah, atau leukimia juga berhadapan dengan risiko yang tinggi untuk mendapat jangkitan faraj.

Hubungan Mikroorganisma Dengan Penyakit Keputihan

Penyakit keputihan adalah berpunca daripada jangkitan kuman terutamanya oleh Gardnerella vaginalis, Trichomonas vaginalis dan Candida albicans. Punca jangkitan dan ciri-ciri klinikal untuk setiap agen adalah seperti dalam Jadual 2.0

Agen Penyebab
Jenis Kuman (Mikro
organisma)
Ciri-ciri klinikal
Punca Jangkitan
Gardnerella vaginalis
Bakteria
·                     Lelehan berwarna putih-kekelabuan dan sedikit berbuih
·                     Berbau busuk (fish odor)
·                     Sedikit rasa gatal atau kerengsaan
·                     Hubungan seks rambang
·                     Tabiat merokok dan
·                     Penggunaan alat kontraseptif Intra uterine devices
Trichomonas vaginalis
Parasit
·                     Lelehan faraj yang bernanah
·                     Berwarna kuning
·                     Berbuih dan berbau hanyir
·                     Kerengsaan pada faraj
·                     Rasa sakit semasa hubungan seks
·                     Rasa sakit semasa buang air kecil
·                     Hubungan seks yang tidak sihat
Candida albicans / spp
Kulat
·                     Lelehan kental dan berwarna putih
·                     Berbau busuk (foul odor)
·                     Gatal
·                     Dinding faraj kelihatan merah dan bengkak
·                     Sakit semasa hubungan seksual
·                     Sakit semasa buang air kecil
·                     Penggunaan antibiotik yang banyak
·                     Kehamilan
·                     Penyakit kencing manis yang tidak terkawal
·                     Sistem pertahanan badan yang lemah disebabkan oleh HIV/AIDS, kanser atau dalam rawatan kanser
·                     Pengguna pil perancang keluarga



 

Gambar di atas menunjukkan jangkitan kulat pada bahagian faraj yang dikenali sebagai Candida albicans

Bahaya Penyakit Keputihan

Penyakit keputihan yang tidak dirawat akan mengundang kepada pelbagai komplikasi yang merbahaya. Penyakit keputihan yang lewat ditangani, bukan sahaja berpotensi untuk menyebabkan kemandulan dan kehamilan di luar rahim, tetapi boleh menyebabkan penyakit kanser rahim yang boleh membawa kematian. Penyakit keputihan yang tidak diambil perhatian pada jangka masa yang lama lebih sukar untuk diberikan rawatan. Ini adalah hasil daripada penambahan sifat kerintangan bakteria atau kulat terhadap antibiotik atau antifungal.

Masalah penyakit keputihan yang kronik adalah berikutan dari jangkitan yang berlaku pada faraj menular ke bahagian rongga rahim (uterus) dan kemudian ke saluran pengeluaran telur (Fallopian tiub). Jangkitan kronik ini boleh menyebabkan kandungan terbentuk di luar rahim dan pendarahan yang boleh mengakibatkan kematian ibu dan bayi.

Wanita yang mempunyai system daya tahan badan yang rendah, penyakit keputihan yang dianggap biasa boleh menjadi serius dan mengancam nyawa. Jangkitan yang bermula pada bahagian faraj boleh menyebabkan infeksi sekunder di mana kuman tersebut boleh memasuki saluran darah akibat aktiviti menggaru yang menghasilkn pembentukan luka. Gejala ini dikenali sebagai kandidiasis invasif yang sangat merbahaya dan memerlukan rawatan rapi.

Cara mencegah Penyakit Keputihan

Sebagai langkah pencegahan daripada penyakit keputihan, berikut adalah amalan-amalan yang disarankan kepada semua wanita:

·                     Sentiasa memastikan bahagian faraj berada dalam keadaan bersih dan kering.

·                     Elakkan penggunaan pembersih faraj yang menganggu kestabilan PH atau menyebabkan kegatalan.

·                     Sentiasa menukar atau mengganti tuala wanita semasa menstruasi (haid).

·                     Gunakan pelapik seluar dalam (panty liner) pada saat yang diperlukan sahaja. Elakkan juga pemakaian seluar dalam yang ketat dan diperbuat daripada kain satin.

·                     Jangan menggunakan sebarang produk wangian seperti bedak atau ubat sembur pada bahagian faraj.

·                     Elakkan pengambilan ubat secara berterusan tanpa nasihat doktor.

·                     Kurangkan pengambilan makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi.

·                     Amalkan gaya hidup sihat dengan mengelakkan aktiviti seks rambang atau hubungan kelamin dengan lebih daripada seorang.

·                     Elakkan kehadiran benda asing di dalam faraj seperti kondom yang tertinggal selepas aktiviti seks.

·                     Basuh bahagian sulit dengan air yang bersih dan buang air kecil selepas aktiviti seks.

·                     Berjumpa dengan pegawai perubatan dengan segera dan melakukan pemeriksaan vagina jika terdapat sebarang tanda-tanda yang dinyatakan di atas.

·                     Melakukan apa-apa aktiviti yang menenangkan fikiran dan mengurangkan tekanan seperti melancong.

 

Kebanyakan wanita tidak mempunyai kesedaran sewajarnya terhadap penyakit keputihan kerana menganggap ia sebagai suatu fenomena biasa dalam kehidupan seharian. Ramai wanita yang menyesal kemudian apabila berlakunya insiden yang tidak diingini akibat daripada jangkitan tersebut. Adalah penting kepada kaum wanita untuk sentiasa mengamalkan cara hidup yang sihat dan bebas daripada jangkitan faraj demi kehidupan yang bahagia.

Anda ingin mencuba Bio Seleza Feminin Pad. Di sediakan dengan teknologi Bio Velocity khusus untuk membantu mengatasi masalah vagina wanita.
Sms/whatsup 0123208995 untuk maklumat lanjut.
Sumber : maklumat


Penulis
:
Stella a/p Ganapathy Pillay
Akreditor
:
Rusmah bt. Yusof

 


No comments:

Post a Comment